Sunday, 11 December 2011

Sumber Negara

Rancangan Pengajaran Harian 

Mata pelajaran:            Kajian Tempatan        
Bidang pelajaran:        Sumber Negara
Objektif pembelajaran: Mengetahui cara sumber diperolehi   .

Hasil pembelajaran:     Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:

                        A         Menguasai pengetahuan
a)      Sumber diperoleh melalui aktiviti seperti  perlombongan, pembalakan dan penangkapan
b)       Istilah baru seperti  pelantar minyak, pam kelikir, mendulang, pukat  
 tarik, pukat tangkul, pukat  tunda, Sel solar

B         Menguasai kemahiran
a.       Menyatakan cara sumber diperolehi
c.       Menghargai sumber

C         Mengamalkan sikap dan nilai murni serta pemikiran  kreatif
a.  Menghargai usaha mendapatkan pelbagai sumber.
           
Bahan, peralatan dan bahan sumber:
1.      Video clip yang berkaitan dengan cara mendapatkan sumber
2.      Laptop
3.      LCD Projektor

Pengetahuan sedia ada:
  1. Murid-murid telah mengetahui 7 jenis sumber di Malaysia.
2.      Murid-murid telah mengenali jenis sumber dalam negara.


Langkah/Masa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Permulaan/
Mencungkil idea
(5  min)
video mengenai sumber-sumber yang dimuat turun dari internet


Buat kaitan dengan pengetahuan sedia ada murid dengan menayang video klip tentang sumber-sumber semula jadi.
Murid memberi respon kepada video klip yang ditonton.
Langkah 1
(10   min)
Perlombongan

·         Pelantar minyak
·         Pam kelikir

Mengutarakan  satu persoalan  utama:
Apakah yang digunakan bagi menghidupkan enjin kereta?

Tanya hipotesis
Murid membuat hipotesis.

Perbincangan dalam kumpulan
Langkah 2
(10  min)
Penangkapan

·       Pukat tarik
·       Pukat tangkul
·       Pukat tunda

Mengutarakan satu persoalan utama: Apakah yang manusia boleh makan selain daripada sayur, daging, ayam  dan buah-buahan?

Tanya hipotesis
Murid membuat hipotesis.

Perbincangan dalam kumpulan

Langkah 3
(10 min)
Pembalakan


Mengutarakan satu persoalan utama: Apakah yang digunakan untuk menulis selain daripada pensel?
Tanya hipotesis

Murid membuat hipotesis.

Perbincangan dalam kumpulan

Langkah 4
( 10 min)
Alat-alat yang
digunakan untuk
mendapatkan sumber
semula jadi.
·       Pelantar minyak
·       Pam kelikir
·       Pukat tarik
·       Pukat tangkul
·       Pukat tunda
Menerangkan cara
mendapatkan   
sumber semula jadi dengan slaid-slaid gambar.
Murid membuat hipotesis tentang cara-cara mendapatkan sumber semula jadi.

Perbincangan dalam kumpulan
Aplikasi Idea
(10 min)
·         Enjin kereta dihidupkan dengan petroleum.
·         Makanan laut untuk khalayak.

Tunjukkan video mengenai cara-cara mendapatkan sumber-sumber semula jadi.
Pelajar menyelesaikan masalah dalam kumpulan.
Refleksi/
Penutup
( 5  min)
·         Lembaran kerja
-padankan gambar dengan kenyataan
(Lampiran 2)
 Taksir kefahaman murid dengan Lembaran kerja
-padankan gambar dengan kenyataan
(Lampiran 2)

Pelajar berbincang dalam kupulan dan menjawab lembaran kerja yang diberikan.

No comments:

Post a Comment