Rancangan Pengajaran Harian
Mata pelajaran: Kajian Tempatan
Bidang pelajaran: Jenis –jenis sumber
Objektif pembelajaran: Menyatakan jenis-jenis sumber di Malaysia
Hasil pembelajaran: Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:
A Menguasai pengetahuan
a. Jenis sumber dibahagi kepada 7 jenis iaitu mineral, air, udara, hasil hutan , hasil laut dan tanih.
b. Petroleum, gas asli,kayu rotan, dammar dan tanih.
B Menguasai kemahiran
a. Menamakan jenis-jenis sumber di Malaysia
b. Melakar peta minda yang menunjukkan 7 jenis sumber
c. Menghargai sumber alam sekitar
C Mengamalkan sikap dan nilai murni serta pemikiran kreatif
a. cinta kepada negara
b. menghargai sumber alam sekitar
Bahan, peralatan dan bahan sumber:
1. gambar yang menunjukkan jenis jenis sumber
2. Powerpoint yang memaparkan jenis-jenis sumber
Pengetahuan sedia ada:
1. Murid pernah menggunakan beberapa jenis sumber dalam kehidupan harian.
| Langkah/Masa | Isi Kandungan | Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran | |
| Aktiviti Guru | Aktiviti Murid | ||
| Permulaan/ Mencungkil idea (5 min) | Guru menunjukkan gambar –gambar jenis sumber. | Memaparkan gambar dan menyoal. | Meneliti gambar dan menjawab soalan. |
| Langkah 1 (5min) | Membincangkan jenis-jenis sumber berdasarkan gambar dan sumber sebenar. | Guru membincang tentang jenis-jenis sumber berdasarkan gambar dan sumber sebenar. | Murid membincang tentang jenis-jenis sumber berdasarkan gambar dan sumber sebenar. |
| Langkah 2 (15min) | Menunjukkan powerpoint sambil menerang powerpoint.( pp1) | Guru menunjukkan powerpoint sambil menerang. | Murid melihat power point yang disediakan. . |
| Langkah 3 (10min) | Melukis peta minda di bawah bimbingan guru | Guru membimbing murid membuat peta minda. | Murid membuat peta minda di bawah bimbingan guru. |
| Langkah 4 (5 min) | Menghasil peta minda. | Guru meminta Setiap murid memberi penjelasan tentang peta minda. | Setiap murid memberi penjelasan tentang peta minda |
| Langkah 5 (10min) | Membuat lembaran kerja ( lampiran1) | Guru mengedarkan lembaran kerja | Murid membuat lembaran kerja yang disediakan |
| Aplikasi Idea ( 5min) | 1 Kesan sumber semakin berkurang | Guru menanya tentang kesan sumber semakin berkurangan | Murid menyelesaikan masalah melalui perbincangan |
| Refleksi/ Penutup (5 min) | Guru membuat rumusan tentang jenis-jenis sumber | Guru membuat rumusan dan menanya soalan. | Murid menjawab soalan. |
No comments:
Post a Comment