Sunday, 11 December 2011

Latihan Kajian Tempatan Tahun 6

BAHAGIAN  A
Jawab semua soalan dengan 
membulatkan pilihan jawapan yang 
betul.
1. Manakah antara berikut merupakan sumber tenaga ?
A. Bijih timah
B. Batu arang
C. Air hujan
D. Tanah-tanih


2. Semua yang berikut adalah sumber yang boleh dibaharui 
kecuali 
A. ikan
B. tanah
C. matahari
D. emas


3. Bahan-bahan berikut diperlukan untuk membuat 
barangan di atas :
I. besi
II. getah
III. kayu
IV. batu
A. I  dan II       
B. I, II  dan  III
C. I,  II  dan  IV
D.  I, II, III dan IV


4. Negeri-negeri berikut mengeluarkan petroleum di 
Malaysia kecuali 
A. Sabah
B. Sarawak
C. Terengganu
D. Johor


Hasil hutan, kayu balak, damar dan hutan
5. Pernyataan di atas adalah mengenai hutan 
A. belukar
B. khatulistiwa
C. gunung
D. paya bakau


6. Hasil laut yang digunakan untuk membuat budu ialah 
A. udang         C. kerang
B. ketam       D. ikan bilis


7. Agensi utama yang terlibat dalam usaha penghutanan 
semula ialah 
A. Jabatan Perhutanan Semula
B. Unit Perancang Hutan
C. Institut Pemulihan dan Perhutanan Malaysia
D. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia


8. Cara menangkap ikan yang tidak sesuai digunakan di 
pantai timur Semenanjung Malaysia ialah 
A. jala
B. pukat tarik
C. kelong
D. pukat tunda


9. Keadaan berjerebu disebabkan oleh 
A. pencemaran air
B. pencemaran bunyi
C. pencemaran udara
D. pencemaran laut


10. Hasil eksport Malaysia yang paling utama ialah 
A. getah
B. kelapa sawit
C. petroleum
D. barangan kilang


11. Manakah antara berikut adalah contoh industri berat ?
A. Membuat perabot
B. Memproses kelapa sawit
C. Membuat simen
D. Membaiki kereta


12. Barangan berikut dibuat daripada bijih timah kecuali 
A. peluru
B. batu jala
C. kotak pensel
D. pembungkus coklat


13. Prinsip Rukun Negara yang ketiga ialah 
A. kepercayaan kepada Tuhan
B. kedaulatan undang-undang
C. keluhuran perlembagaan
D. kesetiaan kepada raja dan negara


14. Manakah antara berikut adalah permainan tradisional negara 
kita ?
A. Bola sepak
B. Tenis
C. Sepak takraw
D. Badminton


15. Kilang penapis petroleum terletak di (       ).dan di  (       ) 
A. Pelabuhan Kelang, Labuan
B. Bintulu, Labuan
C. Kerteh, Lutong
D. Bintulu, Lutong


16. Berikut ialah akibat daripada banjir kecuali 
A. kehilangan nyawa dan harta benda.
B. aktiviti harian tergendala.
C. rancangan lima tahun Malaysia tidak dapat dilaksanakan.
D. sistem perhubungan seperti jalan raya dan jalan kereta 
api terputus.


PULAU PINANG
MELAKA
SABAH
SARAWAK
17. Ketua negeri bagi negeri-negeri di atas dikenali sebagai 
A. Yang Dipertuan Negeri
B. Yang Dipertua Negeri
C. Ketua Menteri
D. Menteri Besar


18. Mahkamah yang digunakan untuk membicarakan 
seseorang yang berumur di bawah 18 tahun ialah 
A. Mahkamah Majistret
B. Mahkamah Tinggi
C. Mahkamah Juvana
D. Mahkamah Rayuan


19. Negara kita mula menumpukan perhatian kepada sektor
industri kerana 
A. negara kita selalu mengalami bencana alam 
seperti banjir yang boleh memusnahkan hasil pertanian.
B. kawasan pertanian telah ditebusguna sebagai 
kawasan perumahan.
C. eksport utama negara kita yang kebanyakannya terdiri 
daripada bahan-bahan mentah tidak mendapat 
harga yang tetap di pasaran dunia.
D. sektor industri mendatangkan keuntungan 
yang lebih banyak berbanding dengan sektor 
pertanian.


20. Hutan di negara kita dianggap istimewa kerana sebab-sebab 
berikut kecuali 
A. terdapat tumbuhan dan hidupan liar.
B. menjadi kawasan tadahan hujan.
C. terdapat kegiatan pertanian pindah.
D. membekalkan hasil hutan yang berguna.


21. Antara pernyataan berikut, 
yang manakah tidak benar ?
A. Kitar dan guna semula kertas buangan boleh
menyebabkan pencemaran alam.
B. Hasil logam yang dilebur semula boleh digunakan 
untuk membuat kenderaan.
C. Dengan adanya proses guna semula kertas, kadar 
penebangan hutan dapat dikurangkan.
D. Kitar dan guna semula sisa buangan mengelakkan 
pembaziran.


22. Antara berikut, bahan-bahan apakah yang boleh digunakan 
untuk tujuan kitar dan guna semula ?
I. Plastik
II. Besi sekerap
III. Suratkhabar
IV. Tanih
A. I  dan  II
B. III  dan IV
C. I,  II  dan  III
D. I,  II,  III dan IV


23. Sektor perindustrian menyumbangkan peluang 
pekerjaan seperti berikut kecuali
A. konduktor
B. pekerja mahir
C. pengilang industri
D. pekerja separuh mahir


24. Apakah kesan Rukun Negara ke atas rakyat Malaysia ?
A. Rakyat Malaysia akan bersatu menentang penindasan.
B. Rakyat Malaysia akan lebih peka terhadap 
perkembangan di seluruh dunia, terutamanya di dunia Islam.
C. Rakyat Malaysia akan sentiasa patuh kepada kerajaan dan tidak 
menentang sebarang dasar atau rancangan kerajaan.
D. Rakyat Malaysia dapat memupuk semangat 
setiakawan dan kecemerlangan di kalangan mereka.


25. Antara jenis perkhidmatan pengangkutan di negara kita 
yang tidak membawa penumpang ialah 
A. feri
B. kapal terbang
C. kontena
D. teksi

2 comments: