BAHAGIAN A
Jawab semua soalan dengan
membulatkan pilihan jawapan yang
betul.
1. Manakah antara berikut merupakan sumber tenaga ?
A. Bijih timah
B. Batu arang
C. Air hujan
D. Tanah-tanih
2. Semua yang berikut adalah sumber yang boleh dibaharui
kecuali
A. ikan
B. tanah
C. matahari
D. emas
3. Bahan-bahan berikut diperlukan untuk membuat
barangan di atas :
I. besi
II. getah
III. kayu
IV. batu
A. I dan II
B. I, II dan III
C. I, II dan IV
D. I, II, III dan IV
4. Negeri-negeri berikut mengeluarkan petroleum di
Malaysia kecuali
A. Sabah
B. Sarawak
C. Terengganu
D. Johor
Hasil hutan, kayu balak, damar dan hutan
5. Pernyataan di atas adalah mengenai hutan
A. belukar
B. khatulistiwa
C. gunung
D. paya bakau
6. Hasil laut yang digunakan untuk membuat budu ialah
A. udang C. kerang
B. ketam D. ikan bilis
7. Agensi utama yang terlibat dalam usaha penghutanan
semula ialah
A. Jabatan Perhutanan Semula
B. Unit Perancang Hutan
C. Institut Pemulihan dan Perhutanan Malaysia
D. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
8. Cara menangkap ikan yang tidak sesuai digunakan di
pantai timur Semenanjung Malaysia ialah
A. jala
B. pukat tarik
C. kelong
D. pukat tunda
9. Keadaan berjerebu disebabkan oleh
A. pencemaran air
B. pencemaran bunyi
C. pencemaran udara
D. pencemaran laut
10. Hasil eksport Malaysia yang paling utama ialah
A. getah
B. kelapa sawit
C. petroleum
D. barangan kilang
11. Manakah antara berikut adalah contoh industri berat ?
A. Membuat perabot
B. Memproses kelapa sawit
C. Membuat simen
D. Membaiki kereta
12. Barangan berikut dibuat daripada bijih timah kecuali
A. peluru
B. batu jala
C. kotak pensel
D. pembungkus coklat
13. Prinsip Rukun Negara yang ketiga ialah
A. kepercayaan kepada Tuhan
B. kedaulatan undang-undang
C. keluhuran perlembagaan
D. kesetiaan kepada raja dan negara
14. Manakah antara berikut adalah permainan tradisional negara
kita ?
A. Bola sepak
B. Tenis
C. Sepak takraw
D. Badminton
15. Kilang penapis petroleum terletak di ( ).dan di ( )
A. Pelabuhan Kelang, Labuan
B. Bintulu, Labuan
C. Kerteh, Lutong
D. Bintulu, Lutong
16. Berikut ialah akibat daripada banjir kecuali
A. kehilangan nyawa dan harta benda.
B. aktiviti harian tergendala.
C. rancangan lima tahun Malaysia tidak dapat dilaksanakan.
D. sistem perhubungan seperti jalan raya dan jalan kereta
api terputus.
PULAU PINANG
MELAKA
SABAH
SARAWAK
17. Ketua negeri bagi negeri-negeri di atas dikenali sebagai
A. Yang Dipertuan Negeri
B. Yang Dipertua Negeri
C. Ketua Menteri
D. Menteri Besar
18. Mahkamah yang digunakan untuk membicarakan
seseorang yang berumur di bawah 18 tahun ialah
A. Mahkamah Majistret
B. Mahkamah Tinggi
C. Mahkamah Juvana
D. Mahkamah Rayuan
19. Negara kita mula menumpukan perhatian kepada sektor
industri kerana
A. negara kita selalu mengalami bencana alam
seperti banjir yang boleh memusnahkan hasil pertanian.
B. kawasan pertanian telah ditebusguna sebagai
kawasan perumahan.
C. eksport utama negara kita yang kebanyakannya terdiri
daripada bahan-bahan mentah tidak mendapat
harga yang tetap di pasaran dunia.
D. sektor industri mendatangkan keuntungan
yang lebih banyak berbanding dengan sektor
pertanian.
20. Hutan di negara kita dianggap istimewa kerana sebab-sebab
berikut kecuali
A. terdapat tumbuhan dan hidupan liar.
B. menjadi kawasan tadahan hujan.
C. terdapat kegiatan pertanian pindah.
D. membekalkan hasil hutan yang berguna.
21. Antara pernyataan berikut,
yang manakah tidak benar ?
A. Kitar dan guna semula kertas buangan boleh
menyebabkan pencemaran alam.
B. Hasil logam yang dilebur semula boleh digunakan
untuk membuat kenderaan.
C. Dengan adanya proses guna semula kertas, kadar
penebangan hutan dapat dikurangkan.
D. Kitar dan guna semula sisa buangan mengelakkan
pembaziran.
22. Antara berikut, bahan-bahan apakah yang boleh digunakan
untuk tujuan kitar dan guna semula ?
I. Plastik
II. Besi sekerap
III. Suratkhabar
IV. Tanih
A. I dan II
B. III dan IV
C. I, II dan III
D. I, II, III dan IV
23. Sektor perindustrian menyumbangkan peluang
pekerjaan seperti berikut kecuali
A. konduktor
B. pekerja mahir
C. pengilang industri
D. pekerja separuh mahir
24. Apakah kesan Rukun Negara ke atas rakyat Malaysia ?
A. Rakyat Malaysia akan bersatu menentang penindasan.
B. Rakyat Malaysia akan lebih peka terhadap
perkembangan di seluruh dunia, terutamanya di dunia Islam.
C. Rakyat Malaysia akan sentiasa patuh kepada kerajaan dan tidak
menentang sebarang dasar atau rancangan kerajaan.
D. Rakyat Malaysia dapat memupuk semangat
setiakawan dan kecemerlangan di kalangan mereka.
25. Antara jenis perkhidmatan pengangkutan di negara kita
yang tidak membawa penumpang ialah
A. feri
B. kapal terbang
C. kontena
D. teksi
Is there any answers?
ReplyDeleteIs there any answers? I do need them.
ReplyDelete